HONG KONG, 28 SEPT – Saham-saham dalam pembuat cip terbesar China merosot hari ini berhubung laporan yang Amerika Syarikat (AS) telah mengenakan kawalan eksport ke atas syarikat, tindakan serentak dalam pertempuran negara itu terhadap penguasaan teknologi.
Dalam tamparan terbaru ke atas cita-cita teknologi canggih China, Jabatan Perdagangan AS dilaporkan telah meme-rintahkan syarikat-syarikat untuk meminta kebenaran sebelum menjual peralatan kepada Semiconductor Manufacturing International Corp (SMIC).
Peralatan yang dijual kepada syarikat China menimbulkan ‘risiko yang tidak dapat diterima’ untuk dialihkan kepada ‘penggunaan ketenteraan’, menurut sepucuk surat yang dihantar kepada firma cip komputer utama AS yang dilihat oleh The Wall Street Journal dan Financial Times.
Berita daripada surat itu, yang pertama kali dilaporkan pada Sabtu, telah menyebabkan saham SMIC jatuh di Shanghai dan Hong Kong hari ini, masing-masing ditutup tujuh dan 3.9 peratus. – AFP