ORLY, 19 MEI – Kerosakan pada kawalan trafik udara di Lapangan Terbang Paris-Orly menyebabkan pembatalan dan penangguhan ratusan penerbangan dengan pihak berkuasa penerbangan berkata keadaan huru-hara akan berlanjutan sehingga hari ini.
Kerosakan berlaku kelmarin dan telah menjejaskan beribu-ribu penumpang dengan beberapa daripadanya telah duduk di dalam pesawat di lapangan terbang kedua terbesar di ibu negara Perancis itu apabila penerbangan dibatalkan.
Kerosakan yang berlaku pada menara kawalan memaksa pembatalan kira-kira 130 penerbangan masuk dan keluar dari Orly Sunday, kata pegawai.
Ia belum diselesaikan kelmarin dan pihak berkuasa penerbangan awam Perancis, DGAC, berkata ia meminta syarikat penerbangan mengurangkan jadual penerbangan mereka sebanyak 15 peratus hari ini dan memberi amaran tentang kemungkinan penangguhan.
“Keadaan semakin baik tetapi masih memerlukan peraturan lalu lintas,” kata DGAC.
Pihak berkuasa menyalahkan kawalan trafik udara mengalami kerosakan. Sumber lapangan terbang berkata terdapat kerosakan pada radar.
Penerbangan ke destinasi Eropah dan Afrika Utara dan merentasi Perancis adalah antara yang terjejas. Para penumpang terpaksa beratur panjang di terminal dalam kesibukan untuk mencari penerbangan alternatif.
“Kami berada di dalam pesawat, semuanya duduk dengan tali pinggang keledar, bersedia untuk berlepas, namun demikian mereka telah menyuruh kami turun dan mengambil beg,” kata seorang pemilik perniagaan berusia 63 tahun, Azgal Abichou. – AFP
