Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Kawan ‘free rider’

    Aku betul-betul letih dengan tugasan kumpulan kali ini. Pensyarah beri tugasan besar, katanya ingin melatih kami supaya tahu bekerjasama. Tapi hakikatnya, aku rasa macam buat kerja seorang diri. Dari awal lagi, susah nak ajak ahli kumpulan datang buat perjumpaan.

    Bila aku buat Google Meet, ada yang senyap tidak respons, ada yang janji nak join tapi akhirnya hilang tanpa khabar dan yang paling aku geram, ada seorang langsung tidak pernah muncul, tapi bila tanya pasal nama dalam tugasan, cepat saja dia jawab, “Nanti letak nama ku sekali.” Inilah namanya Free rider tegar.

    Mula-mula aku cuba sabar. Aku fikir mungkin semua orang sibuk dengan kelas lain atau ada masalah peribadi. Jadi aku bahagi tugas kecil-kecil, harap mereka boleh siapkan bahagian masing-masing.

    Tapi akhirnya, aku juga yang kena edit, gabungkan dan betulkan semuanya sebab bahagian mereka tidak lengkap atau sekadar copy-paste. Aku jadi tertekan setiap kali buka komputer riba, sebab tahu tugasan tu tak bergerak melainkan aku sendiri yang usahakan.

    Kadang-kadang aku tertanya, adakah aku terlalu serius? Atau mereka yang memang tidak peduli? Aku takut nanti markah ditolak kerana kerja nampak tidak konsisten.

    Gambar Freepik

    Aku tidak sanggup kena tanggung kesalahan orang lain. Sementara itu, rasa kesepian pun ada. Kumpulan lain seronok berkongsi idea, buat kerja sama-sama, tapi aku macam terperangkap dalam kumpulan yang hanya tahu menumpang.

    Aku benar-benar penat. Aku nak percaya kerja berkumpulan itu bermakna ‘kerjasama’, tapi sekarang ia lebih kepada ‘kerja seorang sahaja, nama semua dapat’. Kadang aku rasa nak saja serah assignment kosong dan biar pensyarah tahu siapa yang betul-betul buat, tapi aku tahu akhirnya aku juga yang rugi.

    Syafiq

    NASIHAT DANG MP

    Syafiq, apa yang awda alami adalah satu sikap yang sering berlaku dalam kerja berkumpulan, terutamanya di peringkat sekolah atau universiti. Sikap begini biasanya datang daripada pelajar yang tidak serius dan malas dalam pengajiannya. Ia juga mungkin sifat seseorang yang enggan bekerjasama atas sebab merasakan dirinya yang tidak cukup bagus, terlampau merendah diri atau bermasalah dalam komunikasi apabila perlu bekerja dalam kumpulan.

    Sebagai pelajar, awda memang digalakkan bekerjasama, tetapi kerjasama sebenar memerlukan komitmen dari semua pihak. Apabila awda terpaksa pikul semuanya seorang diri, sememangnya itu bukan lagi ‘kerjasama’, tapi jelaslah ia satu bentuk eksploitasi. Dan ini sememangnya mendukacitakan apabila kita sahaja yang berusaha gigih menyiapkan tugasan manakala ahli pasukan lain tidak membantu langsung.

    Walau bagaimanapun, menyerah kalah atau memberontak bukanlah jalan terbaik, kerana ia boleh jejaskan pencapaian awda sendiri dan awda berhak mendapat pengiktirafan sewajarnya atas segala usaha yang dicurahkan.

    Apa yang boleh dilakukan adalah dokumentasikan segala sumbangan dalam menyiapkan tugasan termasuk menyimpan bukti kerja, mesej-mesej dan bahagian tugasan yang kamu uruskan. Ingatkan kepada ahli-ahli lain bahawa awda bertegas dan akan mengambil tindakan. Jika situasi ini berlarutan, kamu ada asas kukuh untuk berbincang secara profesional dengan pensyarah. Nyatakan secara objektif untuk memberi gambaran situasi sebenar.

    Sudah pasti pensyarah akan mengambil kira akan tindakan awda sekiranya bukti-bukti yang dikemukakan adalah lengkap dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap ahli-ahli yang bersifat free rider ini. Semoga tindakan yang dihadapi mereka mampu mengubah sikap dan berubah menjadi pelajar yang baik. Dalam masa yang sama, awda harus ambil pengajaran dari pengalaman dan lebih berhati-hati di masa hadapan.

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Langkah kecil, ketakutan besar

    Kadang-kadang aku rasa masa depan itu seperti tempat gelap...

    Antara persahabatan dan perasaan

    Aku tak pernah sangka hati boleh jadi seberat ini....

    Lawatan guru ke Kingston Beverage & Creamery

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV-  Kira-kira 10 guru Pengajian...

    Cadangan lampu trafik di Pusing Keliling Pengiran Babu Raja

    Baru-baru ini, saya melalui Pusing Keliling Pengiran Babu Raja...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...