Friday, May 2, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kawasaki mara ke final Liga Juara-Juara pertama

    JEDDAH, 1 MEI – Jurulatih Kawasaki Frontale, Shigetoshi Hasebe memuji barisan pemain mudanya selepas mereka ‘melangkah’ untuk mara ke final Liga Juara-Juara AFC dengan mengejutkan pemain Al Nassr, Cristiano Ronaldo.

    Frontale bakal menentang satu lagi kelab Saudi, Al Ahli, dalam final Sabtu ini, selepas mencatat kemenangan 3-2 menentang Al Nassr walaupun hanya menguasai 25 peratus kawalan bola.

    Kemenangan itu diperoleh hanya tiga hari selepas mereka dipaksa bermain 120 minit ketika mengatasi Al Sadd dari Qatar di suku akhir.

    Frontale mendahului 3-1 pada minit ke-76 sebelum Ayman Yahya merapatkan kedudukan pada minit ke-87. Namun, di penghujung permainan Al Nassr gagal menghasilkan gol penyamaan.

    Antara pemain bintang lain dalam skuad Al Nassr ialah bekas penyerang Liga Perdana Inggeris, Sadio Mane dan Jhon Duran serta bekas pemain tengah Inter Milan, Marcelo Brozovic.

    Aksi pemain tengah Al Nassr semasa perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara AFC antara Arab Saudi Al-Nassr dan Kawasaki Jepun di King Abdullah Sports City di Jeddah pada 30 April. – AFP

    Ronaldo yang kini berusia 40 tahun gagal menyempurnakan tiga peluang keemasan dalam masa kecederaan, sekali gus me-nguburkan impiannya untuk menambah trofi Asia kepada lima gelaran Liga Juara-Juara UEFA yang dimilikinya.

    Hasebe berkata kepenatan selepas aksi suku akhir menyebabkan beliau membuat keputusan berani menurunkan dua pemain muda – Soma Kanda, 19 dan Yuto Ozeki, 20 – pada separuh masa.

    “Kami baru bermain 120 minit tiga hari lalu. Jadi saya terpaksa membuat keputusan sukar,” kata Hasebe.

    Pilihan itu nyata berbaloi apabila Ozeki meledak gol kedua Kawasaki pada minit ke-41.

    Kedua-dua pemain muda itu juga ditugaskan untuk mengawal pergerakan Brozovic.

    “Mereka hampir mengalami kekejangan otot dan kami perlu menggantikan mereka pada separuh masa. Tapi tiada yang cedera, jadi saya anggap rancangan kami berjaya,” tambahnya.

    “Dua pemain muda kami meningkat. Tugas utama mereka adalah mengawal Brozovic tetapi mereka juga menyumbang dengan baik,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda