Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kawasan perdagangan bebas ASEAN akan dinaik taraf

    JAKARTA, 22 NOV – ASEAN dan China telah mengadakan rundingan untuk menaik taraf Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA), lapor agensi berita Vietnam.

    Bercakap pada Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-25 baru-baru ini di Phnom Penh, Kemboja mengesahkan bahawa usaha itu untuk memastikan ACFTA membantu memperdalam dan meluaskan lagi hubungan ekonomi ASEAN-China serta menyumbang kepada pemulihan ekonomi pasca pandemik di rantau ini.

    ACFTA ialah perjanjian perdagangan bebas paling lama antara ASEAN dengan rakan dialognya.

    Menaik taraf ACFTA menghantar isyarat kepada sektor swasta dan semua pihak berkepentingan bahawa kedua-dua ASEAN dan China komited untuk menjadikan ACFTA lebih relevan kepada perniagaan yang responsif kepada cabaran global.

    Ia meliputi bidang kepentingan bersama termasuk ekonomi digital dan hijau, ketersambungan rantaian bekalan, persaingan, perlindungan pengguna dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

    China ialah rakan perdagangan terbesar ASEAN dan sumber kedua terbesar pelaburan langsung asing (FDI). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda