Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Kawasan premis perniagaan di Kiulap semakin sesak

    Sekitar tengah hari Sabtu lalu, saya memandu ke kawasan premis perniagaan di Kiulap.

    Tanpa saya sedari, rupanya saya telah terperangkap akibat kesesakan lalu lintas di tempat tersebut yang mana ia satu pengalaman yang tidak pernah berlaku sebelumnya.

    Saya berpendapat mungkin disebabkan tempat laluan keluar dan masuknya hanya satu laluan dan juga wujudnya bangunan-bangunan baharu di sana, jadi ia menjadi tumpuan orang ramai sehingga menjadi sesak.

    Bagi mengatasi hal tersebut, pihak berkenaan haruslah mengkaji tindakan penyelesaian bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di jalan berkenaan.

    Pembinaan akses jalan baharu perlu bergerak pantas seiring bangunan premis perniagaan yang tumbuh bak cendawan di kawasan tersebut.

    Selain itu, bina jalan alternatif lain untuk keluar dan masuk supaya dapat mengurangkan kesesakan yang menjadi punca sebenar.

    Pihak berkenaan juga diharap dapat melebarkan jalan atau bina dua buah lorong bagi melancarkan lagi laluan pengguna.

    Miss Unicorn

    Gambar Unsplash

    Kata Kunci

    Popular

    ASEAN

    Bas terjunam ke sungai ragut 16 nyawa

    Reliance India hentikan import minyak mentah Rusia

    ‘Penempatan pengawal kebangsaan di Washington oleh Trump tidak sah’

    Berita Berkaitan

    Bas terjunam ke sungai ragut 16 nyawa

    PHNOM PENH, KEMBOJA, 21 NOV — Sebuah bas penumpang...

    Pasukan Dodgeball Brunei sertai ADC

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Pogba sedia buat penampilan untuk Monaco

    PARIS, 21 NOV – Paul Pogba dijangka akan kembali...

    Ariana Grande berehat panjang?

    Konsert jelajah Eternal Sunshine bermula Jun tahun depan berkemungkinan...

    Terkini

    Bas terjunam ke sungai ragut 16 nyawa

    PHNOM PENH, KEMBOJA, 21 NOV — Sebuah bas penumpang...

    Reliance India hentikan import minyak mentah Rusia

    NEW DELHI, 21 NOV - Reliance Industries India kelmarin...

    ‘Penempatan pengawal kebangsaan di Washington oleh Trump tidak sah’

    WASHINGTON, 21 NOV – Seorang hakim persekutuan kelmarin memutuskan...

    Rangkaian penyeludupan artifak curi tumpas, 35 ditahan

    SOFIA, 21 NOV – Pihak penguatkuasa undang-undang di beberapa...