LOS ANGELES, 4 Mei – Kawhi Leonard menghasilkan 34 mata ketika San Antonio Spurs menewaskan Houston Rockets 121-96 semalam untuk menyamakan siri playoff NBA dengan satu perlawanan antara mereka.
Leonard juga menghasilkan lapan asis dan tujuh ‘rebounds’ bagi Spurs, yang sekarang akan membuat perjalanan ke Houston bagi perlawanan ketiga dan empat dari pusingan kedua best-of-seven dalam siri Western Conference.
“Kami fokus,” kata Leonard. “Kami kehilangan 30 mata pada perlawanan terakhir jadi kami tidak mahu mengecewakan peminat.”
Kemenangan San Antonio boleh membuktikan sukar kerana kecederaan kepada pemain pertahanan, Tony Parker. Pemain dari Perancis itu terpaksa diusung keluar oleh rakan sepasukan ketika perlawanan berbaki 8:43 selepas mengalami kecederaan kaki kiri.
San Antonio mendahului 97-83 ketika Parker mengalami kecederaan. Insiden itu berlaku apabila Parker terlepas dan berada di bawah jaring Rockets. Dia menjaringkan 18 mata sebelum meninggalkan perlawanan.

Parker memegang kaki kirinya ketika dia terbaring di atas gelanggang. Dia diusung keluar oleh rakan sepasukan, Dewayne Dedmon dan Dejounte Murray dan tidak melihat ke atas ketika penonton melaungkan namanya.
“Saya hanya berharap dia dalam keadaan baik kerana kami memerlukannya bagi perlawanan seterusnya,” kata Leonard.
Parker dijangka akan menjalani imbasan MRI hari ini.
Jurulatih Spurs, Gregg Popovich berkata mengenai Parker, “Ia tidak bagus.”
LaMarcus Aldridge menjaringkan 15 mata bagi Spurs sementara Jonathan Simmons menambah 14 mata dan Danny Green menjaringkan 12 mata pada suku pertama. – AFP