Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kayuhan KNK merentas kampung

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Bagi mengamalkan gaya hidup sihat dan mengeratkan jalinan silaturahim sesama peminat sukan berbasikal, satu aktiviti berbasikal santai telah diadakan melibatkan perjalanan sejauh 55 kilometer dari Masjid Kampung Benutan menuju ke Empangan Jubli Emas Ulu Tutong, kelmarin.

    Aktiviti itu disertai oleh 21 peserta lelaki dan seorang peserta wanita, termasuk Pemangku Ketua Kampung Perpindahan Serasa, bertujuan menggalakkan semangat kekitaan melalui pendekatan Kenali Negara Kitani (KNK).

    Gabungan peminat-peminat berbasikal pelbagai kategori dari seluruh negara itu diterajui oleh Haji Abdul Rahman bin Safar dan Awang Zainal bin Haji Jumat selaku ketua konvoi. Selain menjaga kesihatan fizikal melalui aktiviti riadah, para peserta turut berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi sambil menyusuri kampung-kampung di kawasan pedalaman Daerah Tutong.

    Menurut penganjur, aktiviti seperti itu bukan sahaja menyatukan masyarakat yang mempunyai minat sama dalam sukan berbasikal, malah memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada peserta dalam meneroka keunikan destinasi-destinasi tempatan.

    Sebagai kesinambungan, aktiviti berbasikal seterusnya dijadualkan berlangsung pada 22 Jun di Daerah Belait, bermula dari Taman Jubli Perak Daerah Belait.

    Gambar ramai para peserta semasa aktiviti kayuhan yang diadakan dari Masjid Kampung Benutan menuju ke Empangan Jubli Emas Ulu Tutong, kelmarin. – Gambar oleh Yusrin Junaidi

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Berangkat hadir Majlis Penutupan Rasmi ISG6

    Oleh Sim Y. H - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Terkini

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    AS catat kematian kedua akibat virus selesema burung

    WASHINGTON, 23 NOV – Seorang penduduk negeri Washington meninggal...