Oleh Yusrin Junaidi KUALA BELAIT, 22 SEPT- Kayuhan santai yang menghimpunkan peminat basikal pelbagai jenis di negara ini, kelmarin, telah menyertai aktiviti yang bermula dari Taman Rekreasi Jubli Perak Anduki. Aktiviti itu diketuai oleh Pengurus The Cycle Andoro, Haji Abd Rahman bin Safar dan Ketua Marshal, Awang Zainal bin Haji Jumat dari Pedal Power Foldies.

