Thursday, January 23, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kazakhstan lancar vaksinasi guna vaksin sendiri

    NUR-SULTAN, KAZAKHSTAN, 26 APRIL – Kazakhstan hari ini melaksanakan program vaksinasi COVID-19 menggunakan vaksin sendiri dengan Menteri Kesihatan negara Asia Tengah itu menerima suntikan dalam siaran langsung di televisyen.

    QazCovid-in juga dikenal sebagai QazVac, adalah vaksin dua suntikan yang kini dalam percubaan tahap ketiga.

    Stesen penyiar kebangsaan, Khabar menyatakan 50,000 dos vaksin yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan untuk Masalah Keselamatan Biologi yang disokong oleh negara telah diedarkan di negara berkenaan.

    Menteri Kesihatan, Alexei Tsoi, berkata beliau berasa ‘sihat’ selepas menerima suntikan dan menyatakan kerajaan sedang berunding dengan rakan di Turki untuk menghasilkan sejumlah besar vaksin pada masa depan.

    Dalam Twitter pada Jumaat, Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev, memuji pencapaian bekas republik Soviet itu sebagai ‘satu dari beberapa negara’ membangun dan menghasilkan vaksin nasional.

    Kazakhstan menjadi negara asing pertama yang menghasilkan vaksin Sputnik V Russia awal tahun ini dan ia telah mendominasi program vaksinasi besar-besaran di negara yang berjumlah hampir 19 juta orang.

    Tsoi berkata, satu dari 20 warga Kazakhstan telah divaksinasi sejak kempen bermula Februari lalu dan sehingga kini, negara itu mencatatkan 309,116 kes COVID-19 dan 3,570 kematian. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda