Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kazakhstan larang kahwin paksa, penculikan pengantin

    ALMATY, 16 SEPT – Kazakhstan hari ini menguatkuasakan undang-undang baharu yang melarang perkahwinan paksa dan penculikan pengantin di negara Asia Tengah itu, di mana amalan berkenaan masih wujud meskipun isu hak wanita semakin mendapat perhatian.

    Memaksa seseorang berkahwin kini boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, menurut kenyataan polis Kazakhstan.

    “Perubahan ini bertujuan untuk mencegah perkahwinan paksa serta melindungi golongan rentan, khususnya wanita dan remaja,” tambah kenyataan itu.

    Penculikan pengantin juga kini diharamkan sepenuhnya.

    “Sebelum ini, seseorang yang melepaskan mangsa culik secara sukarela boleh terlepas daripada liabiliti jenayah. Kini kemungkinan itu telah dihapuskan,” kata polis.

    Tiada statistik rasmi mengenai jumlah kes perkahwinan paksa di seluruh negara kerana sebelum ini tiada peruntukan khusus dalam kod jenayah yang melarangnya. – AFP

    Pasangan pengantin lelaki dan perempuan di masjid utama semasa majlis perkahwinan beramai-ramai di Kazakhstan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda