Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Kazakhstan rampas batu permata bernilai AS$230j

    ALMATY, KAZAKHSTAN, 2 NOV – Agensi anti rasuah Kazakhstan hari ini berkata ia telah merampas barang kemas bernilai lebih AS$230 juta, dalam sebuah kes yang melibatkan anak buah bekas pemimpin, Nursultan Nazarbayev.

    “Hasil daripada aktiviti operasi pencarian, batu permata bernilai AS$230 juta telah dirampas,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi tersebut.

    Namun tiada butiran terperinci dinyatakan mengenai jenis batu permata yang dirampas.

    Agensi itu mengesahkan kepada AFP bahawa batu-batu permata ditemui sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap ahli perniagaan, Kairat Satbaldy, anak buah kepada Nazarbayev.

    Nazarbayev, 82, memerintah negara itu dari 1991 hingga 2019.

    Satybaldy ditahan pada Mac dan didakwa dengan tuduhan penggelapan wang daripada operator telekomunikasi negara itu, Kazakh-telecom dan ‘jenayah lainnya yang mengancam keselamatan negara’. Dia dijatuhkan hukuman penjara enam tahun pada September.

    Satybaldy merupakan ahli pertama dalam keluarga Nazarbayev yang ditahan.

    Agensi anti rasuah hari ini turut berkata bahawa AS$300 juta yang telah dilaburkan oleh Satybaldy di luar negara akan ‘diserahkan kepada pihak kerajaan’.

    Pada Januari 2021, lebih 230 orang terbunuh dalam rusuhan di negara itu, namun punca rusuhan masih tidak diketahui.

    Presiden Kazakhastan ketika ini, Kassym-Jomart Tokayev menjangkakan ia merupakan hasil daripada rancangan dari luar negara, mengatakan ‘pengganas’ ingin merampas kuasa, tanpa memberikan bukti kukuh terhadap dakwaan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...