Sejak kebelakangan ini salah seorang anggota kumpulan Le Sserafim iaitu Kazuha menjadi sasaran warganet apabila dia didakwa cuba meniru imej dan gaya penyanyi Suzy.
Warganet mendakwa ketika Kazuha menyampaikan lagu Bad Girl Good Girl di sebuah festival muzik baru-baru ini, perwatakan dan gayanya semakin jelas seperti Suzy yang juga anggota kumpulan Miss A.
Sebelum itu, Kazuha turut menukar gaya rambutnya seperti Suzy ketika muncul dalam drama Doona!
Lebih membuatkan warganet berbulu, Kazuha turut dipilih sebagai model menggantikan Suzy bagi salah satu produk terkenal di Korea Selatan.
Bagaimanapun ramai tidak dapat menafikan susuk tubuh dan kecantikan semula jadi Kazuha mempunyai persamaan dengan Suzy.
Peminat memberitahu walaupun ada persamaan namun Kazuha juga ada daya tarikan tersendiri dan berharap penyanyi itu dapat berdiri tanpa dibayangi artis lain. – Agensi
