Oleh Daniel Lim
KUALA BELAIT, 4 MAC – Dalam mempamerkan semangat patriotisme dan perpaduan yang luar biasa, 22 ahli persatuan KB Bikerz telah menyertai konvoi sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-41.
Konvoi dimulakan dari Pusat Boling Grand Strike di Daerah Belait menuju ke Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan dengan diketuai oleh presiden persatuan, Yuzri Abd Rahman.
Di bawah bimbingan beliau, para penunggang menghayati moto kebangsaan, Bersatu Mencapai Cita Negara melambangkan semangat perpaduan dan dorongan untuk mencapai aspirasi negara.
Konvoi berkenaan bukan sekadar menunggang motosikal tetapi mempamerkan penghormatan kepada warisan dan kebanggaan negara Brunei.
Sepanjang konvoi dari Kuala Belait ke Bandar Seri Begawan berkenaan telah menawarkan pengalaman kepada para peserta merasai keindahan negara sambil mengukuhkan komitmen mereka terhadap kemajuan dan perpaduannya.
Persatuan berharap dengan aktiviti sedemikian boleh menjadi peringatan bahawa melalui perpaduan dan tujuan bersama, pencapaian besar untuk negara boleh dicapai.
