Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 31 JULAI – Pasukan KB FC mencatatkan kemenangan tipis dengan keputusan 2-1 ke atas pasukan Bakes FC dalam perlawanan terkini Liga Super Brunei (BSL) 2023 yang berlangsung petang kelmarin di Padang Bola Sepak Arena Seria.
Pada separuh masa pertama perlawanan, Bakes FC berjaya mendahului apabila Muhammad Nor Alifullah bin Haji Zaini menyumbat bola ke dalam gawang pada minit ke-19 perlawanan.
Di sebalik usaha terbaik kedua-dua pasukan, keputusan jaringan kekal 1-0 yang memihak kepada pasukan Bakes FC pada separuh masa pertama.
Memasuki separuh masa kedua dengan semangat baharu, Mohammad Hazreen bin Mohd Noor Azmi dari KB FC akhirnya berjaya menjaringkan gol pada minit ke-53, manakala rakan sepasukannya, Husaini Mahadi, turut mencetak gol iaitu empat minit sebelum perlawanan berakhir.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P22-B-Gambar-oleh-Daniel-Lim_01082023.jpg)