Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    KB FT dinobat juara

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 8 OKT – KB FT berjaya mengekang serangan bertali-arus JDB FT bagi mengekalkan pendahuluan mereka sekali gus meraih kejuaraan dengan menjulang trofi Kejohanan Bola Sepak Daerah Belait 2019 baru-baru ini.

    Perlawanan yang berlangsung di Padang Bola Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC) itu menyaksikan KB FT terlebih dahulu memperoleh gol pembukaan pada minit ke-27 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Kambri Rambli.

    KB FT semakin menghampiri gelaran juara selepas menggandakan kelebihan mereka di separuh masa kedua melalui jaringan Awangku Abu Dzar bin Pengiran Zaidi pada minit ke-72.

    Meskipun ketinggalan dua gol, semangat juang JDB FT tidak padam apabila siri serangan mereka akhirnya berjaya menembusi gawang KB FT bagi menjadikan kedudukan 2-1 menerusi gol Hamzan Aziz Sulaiman, namun ia sudah terlewat buat JDB FT.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya berkesudian menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Penolong Pegawai Daerah Belait, Awang Abdol Hazis bin Haji Ahad.

    Sementara itu Awangku Abu Dzar bin Pengiran Zaibi dari KB FT dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan, manakala Hoist FT pula dianugerahkan sebagai Fair Play Team.

    Awangku Abu Dzar semasa ditemui menyatakan bahawa dia tidak menyangka untuk menerima anugerah pemain terbaik kejohanan dan meluahkan rasa gembira kerana usaha serta komitmen pasukan akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menjuarai kejohanan tersebut.

    Wakil KB FT semasa menerima trofi dan hadiah kejuaraan daripada tetamu kehormat.
    Antara aksi menarik dalam perlawanan akhir yang menyaksikan KB FT berjaya menewaskan JDB FT dengan keputusan tipis 2-1. – Gambar serahan Jeffrey Jamaluddin

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda