Oleh Daniel Lim
Gambar serahan KB Sentral
BELAIT, 30 MAC – Untuk membantu usaha-usaha yang dilakukan dalam membendung penularan virus di tempat awam, Pusat Membeli-belah KB Sentral (KB Sentral) baru-baru ini telah mengadakan pemeriksaan suhu badan untuk pengunjung yang memasuki premisnya menerusi pintu masuk utama di depan KB Sentral serta pintu masuk yang terletak di bahagian kanan tingkat bawah bangunan.
Mana-mana pengunjung dengan suhu badan 37.5 darjah Celsius dan ke atas tidak dibenarkan masuk ke premis tersebut. Oleh itu, orang ramai digesa supaya memberikan kerjasama untuk memastikan pemeriksaan suhu berjalan dengan lancar.
Pemeriksaan tersebut akan diteruskan dan KB Sentral juga akan memantau situasi dari semasa ke semasa. Di samping itu, pusat membeli-belah tersebut juga menggalakkan orang awam menjaga kebersihan peribadi untuk membantu mengawal COVID-19 di Brunei Darussalam.
