Thursday, July 4, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    KB teruskan upacara menaikkan bendera

    Oleh Yusoff Omar

    BELAIT, 2 JULAI – Sempena sambutan ulang tahun keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-78, upacara menaikkan bendera telah diadakan bagi Mukim dan kampung di seluruh Daerah Belait tadi.

    Upacara diadakan di Kelab Rekreasi Liang Lumut (LLRC) oleh Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) Mukim Liang dengan kehadiran sebagai tetamu kehormat, Penghulu Mukim Liang Haji Mohamad Yamin bin Haji Abdul Ranni.

    Ketua Kampung Lumut II, Haji Khairdon bin Haji Dahlan mengetuai upacara penyerahan bendera negara kepada Penghulu yang kemudiannya diserahkan kepada pembawa bendera yang terdiri daripada ahli-ahli kumpulan Seni Warisan Pelangi Pencak Silat untuk dikibarkan diiringi dengan nyanyian lagu kebangsaan.

    Kumpulan itu turut mengadakan persembahan silat pendek bagi memeriahkan lagi sambutan yang diadakan di Mukim Liang. Turut hadir ahli MPMK Mukim Liang serta penduduk mukim dan kampung sekitarnya.

    Sementara itu, upacara yang sama turut diadakan di Masjid RPN Kampong Pandan. Upacara tersebut dianjurkan oleh Majlis Perundingan Mukim (MPM) Mukim Belait dan diketuai oleh Penghulu Mukim Belait, Haji Abdul Afiq bin Zainuddin.

    Bendera Negara diserahkan kepada pembawa bendera oleh Penghulu Mukim Belait.

    Penghulu kemudiannya menyerahkan bendera kebangsaan kepada murid-murid Sekolah Tunas Jaya PGGMB yang dijemput sebagai pembawa bendera untuk dikibarkan diiringi nyanyian lagu kebangsaan, sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Upacara menaikkan bendera yang diadakan di Mukim Liang.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir: Sembilan maut, jutaan terjejas

    GUWAHATI, 4 JULAI – Hujan lebat dan sungai melimpah di timur laut India dan negara jiran, Bangladesh, telah meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa, menurut pegawai...