Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    KB Warriors bertemu Youngster

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 12 JUN – Satu perlawanan persahabatan bola sepak telah diadakan antara juara Liga Veteran, KB Warriors dan Youngster dari Bandar Seri Begawan di Padang Bola Sepak Arena, Seria, baru-baru ini.

    Mengetuai kontinjen dari Youngster ialah ketua pasukan, Haji Idris bin Haji Jaafar. Manakala hadir bagi mengalu-alukan pemain dari Youngster ke laman KB Warriors ialah pengurus pasukan, Awang Hasnal bin Haji Sulaiman.

    Perlawanan persahabatan itu diadakan bagi menjalinkan hubungan yang lebih erat antara kedua-dua pasukan dari daerah berbeza yang berkongsi minat dan cinta yang sama untuk sukan ini.

    Gambar kedua-dua pasukan dalam perlawanan persahabatan yang diadakan pada hari tersebut. – Gambar serahan KB Warriors
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda