LUMUT, 31 DIS – Sebanyak 2,117 kanak-kanak daripada Kelab Bomba Cilik (KBoC) telah menyertai 38 aktiviti berkaitan keselamatan yang dianjurkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung di sini, sepanjang tahun ini. Ketua BBP Seri Manjung, Suhaimy Mohd Suhail berkata jumlah berkenaan merupakan yang tertinggi di Perak melibatkan kanak-kanak dalam kalangan umur lima dan enam