Saturday, February 8, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    KBRI anjur perlawanan persahabatan badminton 21 Ogos

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Negara Brunei Darussalam akan menganjurkan perlawanan persahabatan badminton bersempena menyambut Hari ASEAN, pada 21 Ogos di Dewan Diplomatik Kedutaan Indonesia di Jalan Kebangsaan.

    Perlawanan tersebut akan disertai oleh 17 perwakilan diplomatik, termasuk ketua-ketua perwakilan diplomatik dan kakitangan dari KBRI, pegawai dan kakitangan di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Perlawanan persahabatan tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara perwakilan kedutaan dan suruhanjaya serta pegawai dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan KKBS. Ia juga untuk memperingati ulang tahun ke-55 penubuhan ASEAN.

    Dua kategori akan dipertandingkan iaitu kategori Exhibition Fun Game dan Perlawanan Persahabatan.

    Pasangan beregu terbaik bagi kategori Perlawanan Persahabatan akan membawa pulang sebuah piala iringan yang disumbangkan oleh KBRI. Indonesia akan menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2023, yang akan mengambil alih kepengerusian ASEAN daripada Kemboja.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda