Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    KBRI prihatin warga Indonesia memerlukan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Bandar Seri Begawan baru-baru ini, telah membuat tinjauan dalam talian mengenai keperluan warganegara Indonesia (WNI) khususnya para pekerja migran Indonesia (PMI) di Brunei ketika ini. 

    Menurut KBRI, hasil tinjauan tersebut, beberapa PMI telah mengajukan permohonan keperluan bantuan barangan makanan asasi dan bagi memenuhi permintaan tersebut Duta Besar Republik Indonesia ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Sujatmiko bertindak dengan mengadakan kegiatan pemberian bantuan barangan keperluan kepada PMI yang memerlukan.

    Majlis berkenaan telah diadakan di lobi KBRI Bandar Seri Begawan, kelmarin, di mana penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama dan isteri, Nany Sujatmiko.

    Penyerahan juga dilakukan oleh wakil ketua perwakilan Republik Indonesia, Irwan Iding dan pegawai KBRI lainnya. 

    Sumbangan yang diserahkan tersebut antara termasuk beras, minyak, teh, kopi, gula dan mi segera di mana barangan tersebut mengutamakan produk Indonesia yang tersedia di Brunei.

    Acara penyerahan ban tuan tersebut dilanjutkan de-ngan acara buka puasa yang diselenggarakan oleh Persatuan Masyarakat Indonesia di Brunei (PERMAI) di aula KBRI Bandar Seri Begawan. Rangkaian acara tersebut meliputi buka puasa bersama, sembahyang sunat tarawih dan ceramah.

    TYT Dr Sujatmiko menyampaikan bantuan kepada salah seorang warga Indonesia. – Gambar serahan KBRI di Bandar Seri Begawan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...