Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    KBRI rai Hari Kemerdekaan ke-79

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Negara Brunei Darussalam, hari ini, meraikan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia ke-79 dengan upacara menaikkan bendera di perkarangan kedutaan, di Jalan Kebangsaan.

    Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Achmad Ubaedillah MA hadir di majlis berkenaan yang dimeriahkan dengan nyanyian lagu kebangsaan Indonesia Raya, diteruskan dengan upacara menaikkan bendera oleh 16 pelajar Indonesia dari beberapa buah sekolah menengah di negara ini.

    Sejurus selepas upacara menaikkan bendera, TYT Dr Achmad mengadakan sesi ramah mesra bersama masyarakat Indonesia yang hadir dengan memberikan kata-kata nasihat agar masyarakat Indonesia akan terus menjaga persatuan dan kesatuan negara itu, dan menjaga perpaduan, saling membantu satu dengan yang lain, memelihara kerukunan bersama dan banyak lagi.

    Di kesempatan dalam memperingati Hari Kemerdekaan Republik Indonesia, KBRI juga mengadakan penyampaian beberapa anugerah penghargaan kepada masyarakat Indonesia dan juga warga Brunei atas prestasi dan peranan aktif dalam bekerjasama dengan KBRI dalam bidang pendidikan dan pengurusan perlindungan warga Indonesia.

    Penghargaan anugerah juga diberikan kepada lima orang kakitangan KBRI di Negara Brunei Darussalam yang menerima Satyalencana Karya Satya 20 tahun dan 10 tahun.

    Selain itu, penghargaan juga diberikan kepada beberapa kakitangan KBRI di Negara Brunei Darussalam yang menunjukkan prestasi terbaik bagi tahun 2024.

    Seramai 60 orang komuniti penggemar motosikal dari Indonesia yang sedang mengadakan konvoi ke Malaysia dan Brunei turut hadir bagi memeriahkan lagi upacara dalam rangka memperingati hari ulang tahun ke-79 Republik Indonesia.

    Acara menaikkan bendera kebangsaan Indonesia di perkarangan KBRI di Jalan Kebangsaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda