Thursday, October 24, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan

    KUALA LUMPUR, 23 OKT – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia akan menyediakan bantuan kepada pemain beregu wanita pro-fesional Malaysia, Ng Qi Xuan yang mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan badminton Malaysia Super 100, Sabtu lepas.

    Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh berkata bantuan berkenaan diberikan melalui Institut Sukan Negara (ISN) berdasarkan keperluan atlet tersebut.

    Beliau berkata Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Mohd Ramli dijangka bertemu dengan ibu bapa Qi Xuan hari ini, bagi membincangkan lebih lanjut proses rawatan yang diperlukan.

    “Saya meminta ISN untuk berhubung dengan keluarga Qi Xuan dan menawarkan perkhidmatan yang kita ada untuk membantu dia.

    “Pemilihan mendapatkan pembedahan dan rawatan itu adalah hak keluarga. Ahmad Faedzal akan berjumpa dengan ibu bapanya untuk berbincang proses seterusnya,” katanya pada sidang media Majlis Perasmian Program ISNEXT 2024 di ISN, hari ini.

    Hannah berkata Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menawarkan bantuan proses pemulihan selepas pembedahan kepada atlet berusia 24 tahun itu.

    Qi Xuan mengalami empat kecederaan serius iaitu anterior cruciate ligament (ACL), posterior cruciate ligament (PCL), medial collateral ligament (MCL) dan lateral collateral ligament (LCL) serta sedikit keretakan tulang selepas menjalani ujian pengimejan resonans magnetik (MRI). – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda