Oleh Hajah Saemah Kepli
KUALA BELAIT, 31 Julai – Bagi mempromosi budaya suka membaca, meningkatkan kreativiti dan pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak, Pusat Membeli-belah KBSentral akan mengadakan acara Sentral Kid’s Zone pada 10 hingga 19 Ogos ini.
Acara yang diadakan di tingkat satu pusat tersebut akan mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, penampilan maskot-maskot, pemberian belon, Animal Rides dan sebagainya.
Turut disediakan ialah Kid’s Chill Zone bagi sudut membaca kanak-kanak secara percuma dan dibukakan kepada penyertaan ramai, selain aktiviti-aktiviti pertandingan seperti menulis ayat kenapa ‘Menyukai KBSentral’ dan kepada mereka yang terpilih sebagai pemenang akan membawa pulang hadiah misteri daripada penganjur.
Acara-acara berkenaan adalah sebagai salah satu usaha KBSentral untuk menceriakan suasana pusat tersebut sambil memberi peluang kanak-kanak untuk berkunjung ke KBSentral bersama ibu bapa dan penjaga mereka.
