Tuesday, March 18, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    KD Rencong, LMS keempat ditauliahkan di armada timur

    KOTA KINABALU, 28 JAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini mentauliahkan Kapal Misi Persisir (LMS) keempatnya iaitu Kapal Diraja (KD) Rencong di Pangkalan TLDM, Sepanggar hari ini.

    Upacara pentauliahan LMS KD Rencong disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan turut memakaikan insignia pemerintahan kepada Pegawai Memerintah Pertama KD Rencong kepada Komander Khairuddin Ahmad@Hassan.

    Mohd Reza berkata KD Rencong adalah sebuah daripada empat buah LMS yang telah diperoleh menerusi program transformasi TLDM 15 to 5.

    “Dengan kehadiran LMS KD Rencong yang berpangkalan di Kota Kinabalu, saya yakin ia akan meninggkatkan lagi keupayaan Armada Timur bersama kapal LMS yang lain iaitu KD Keris, KD Sundang dan KD Badik,” katanya kepada pemberita selepas majlis pentauliahan itu di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda