Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    KDA hidupkan peluang lepasi saingan kumpulan

    KUALA LUMPUR, 28 JUN – Kedah Darul Aman (KDA) FC merakam kemenangan bergaya selepas mengatasi kelab dari Filipina Kaya FC-Iloilo 4-1 untuk menyalakan peluang mara ke pusingan kalah mati saingan Piala AFC 2022, kelmarin.

    Kemenangan sulung pada aksi kedua Kumpulan G di Stadium Kapten I Wayan Dipta di Bali, Indonesia, menyaksikan skuad Sang Kenari kendalian Aidil Sharin Sahak merampas kedudukan kedua, berkongsi tiga mata dengan Bali United FC dan ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu, Visakha FC.

    Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan yang tewas pada aksi pembukaan terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama dengan KDA berpeluang berada di depan seawal minit pertama, namun pemain tengah, Mohd Syazwan Zainon gagal menampan bola kemas di depan gawang.

    KDA akhirnya berjaya menjaringkan gol yang dicari-cari pada minit ke-57 menerusi pemain sayap, Muhammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin yang mudah menjaringkan bola masuk ke gawang selepas menerima dorongan ketua pasukan, Ronald Ngah Wanja.

    Jaringan tersebut nyata membakar semangat pasukan apabila Mahmoud Al-Mardi pula meledakkan gol kedua KDA enam minit kemudian setelah memanfaatkan hantaran Ngah Wanja sebelum kapten itu sendiri mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-82 selepas menyudahkan larian solo. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...