Monday, June 24, 2024
22.1 C
Brunei

    -

    KDN FC nekad halang serangan Terengganu FC

    KOTA BHARU, 22 MEI – Pemain pertahanan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Kim Lik Wan nekad menghalang serangan Terengganu FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu Jumaat ini.

    Lik Wan berkata dalam latihan, pasukannya memfokuskan terhadap serangan Terengganu kerana Terengganu FC mempunyai pemain berkualiti dan nama-nama besar.

    “Saya harap rakan sepasukan dapat melaksanakan perancangan yang telah dibuat oleh jurulatih semasa sesi latihan bagi memastikan gol tidak mudah dibolosi lawan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

    Selepas beraksi dalam dua perlawanan, KDN FC kini berada di kedudukan ke-11 daripada 13 pasukan bertanding pada musim ini selepas tewas dua kali kepada Sri Pahang FC dan Sabah FC.

    Pemain kelahiran Korea Selatan itu berkata, aspek komunikasi daripada rakan sepasukan terutamanya di posisi pertahanan amat penting bagi mengawasi pergerakan pemain Terengganu FC.

    “Saya fikir komunikasi adalah perkara yang paling penting. Semasa sesi latihan di padang, kami berkomunikasi dan bekerjasama.

    “Jika komunikasi berjalan dengan baik, kami boleh lakukan pertahanan yang lebih berkesan.” – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China, Perancis lancar satelit pantau letupan sinar gamma

    CHINA, 23 JUN – Satelit Perancis-China telah dilancarkan kelmarin di mana ia merupakan misi untuk mencari letupan cahaya terbesar di dunia dalam usaha kerjasama...