Saturday, February 8, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    KDN FC perlu cipta kejayaan sulung

    KOTA BHARU, 21 JUN – Kelantan Darul Naim (KDN) FC perlu memperbaiki kedudukan dalam carta liga dengan memberikan tumpuan penuh pada aksi Liga Super menentang PDRM FC di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini Ahad ini.

    Pemain pertahanan KDN FC, Mohd Irwan Syazmin Wahab berkata meskipun sedar misi untuk menumbangkan PDRM FC bukan tugas mudah, namun beliau mahu semua pemain berusaha sedaya upaya mencipta kemenangan sulung buat pasukan.

    KDN FC merekodkan tiga kekalahan setelah mengharungi tiga perlawanan sebelum ini dan menghuni tangga ke-12, iaitu kedua tercorot liga.

    “Perlawanan (menentang PDRM FC) ini memang sukar kerana kita tahu pasukan pelawat sejak dari musim lepas berkemampuan melakukan kejutan kepada semua kelab yang memandang remeh apabila turun melawan mereka.

    “Ini peluang terbaik kami dengan sokongan padu penyokong sendiri, kami kena berjuang habis-habisan untuk mendapatkan kemenangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Dalam pada itu, beliau berharap kekalahan 0-4 kepada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim dalam saingan Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Johor minggu lepas tidak mematahkan semangat pasukan untuk bangkit sekali gus mencipta kejayaan sulung buat KDN FC. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda