Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    KDNK dijangka berkembang

    KUALA LUMPUR, 11 Jan – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang sebanyak 5.2 peratus pada 2018, susulan pengukuhan permintaan domestik dan pasaran luar yang berdaya tahan. Pakar Ekonomi RAM Rating Services Bhd, Kristina Fong, berkata secara umumnya, aktiviti pengambilan pekerja dan tenaga buruh adalah lebih baik pada tahun ini, yang akan membantu meningkatkan permintaan domestik.

    Aktiviti pelaburan turut kelihatan baik, katanya, sambil menambah daripada temu bual yang dijalankan oleh agensi penarafan itu dengan syarikat dan kaji selidiknya, syarikat telah meningkatkan pelaburan mereka.

    “Yang tidak diketahui pada 2018 adalah bagaimana keadaan persekitaran luaran. Daripada petunjuk kami, terdapat ketahanan terhadap permintaan luaran,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan Indeks Keyakinan Perniagaan RAM di sini hari ini.

    Fong berkata ringgit dijangka antara 4.10 dan 4.20 berbanding dolar AS sepanjang tahun ini dan menyatakan peningkatan semasa itu tidak berkekalan.

    “Terdapat banyak faktor baik pada akhir tahun lepas dan pada Januari, termasuk jangkaan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) pada Januari.

    “Peningkatan semasa ringgit ini didorong sebahagiannya oleh kenaikan harga minyak dan susut nilai dolar US berikutan jangkaan mereka terhadap pengetatan (dalam dasar monetari mereka),” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda