Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    KDNK enam negara ASEAN dijangka pulih kepada 4.5 peratus tahun ini

    KUALA LUMPUR, 10 JUN – Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) enam negara ASEAN dijangka pulih kepada 4.5 dan 4.7 peratus masing-masing pada 2024 dan 2025, daripada empat peratus pada 2023, demikian menurut unjuran Maybank Research Pte Ltd.

    Enam negara ASEAN itu adalah Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

    Maybank Research menerusi laporan bertajuk ASEAN Frontiers: The New Trailblazers berkata pemulihan KDNK itu akan dipacu oleh pembuatan dan eksport terutamanya elektronik yang menyokong pertumbuhan sederhana pada separuh pertama tahun ini.

    Firma penyelidikan itu juga berkata ledakan kecerdasan buatan (AI) dan pusat data serta peningkatan permintaan global terhadap elektronik juga menyokong prospek cerah perdagangan dan pelaburan langsung asing (FDI).

    Meskipun kenaikan kadar faedah, aktiviti ekonomi yang kukuh membawa kepada peningkatan pertumbuhan pinjaman di ASEAN.

    “Pengecualian visa di Malaysia, Thailand dan Singapura dan penambahan kapasiti penerbangan telah meningkatkan kedatangan pelancong China ke ASEAN,” katanya.

    Mengulas mengenai kadar inflasi ASEAN, Maybank Research berkata inflasi jatuh mendadak daripada paras tertinggi pada 2023 apabila gangguan rantaian bekalan akibat daripada perang Rusia-Ukraine semakin pulih. – Bernama

    Gambar Frepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda