Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    KDNK India merosot 7.5 peratus

    MUMBAI, 29 NOV – Ekonomi India menguncup 7.5 peratus antara bulan Julai dan September, menjadikannya antara ekonomi maju dan negara berkembang yang paling teruk terjejas ketika memasuki ‘kemelesetan teknikal’ untuk pertama kalinya sejak kemerdekaan, data rasmi menunjukkan baru-baru ini.

    Walaupun angka itu merupakan penurunan 23.9 peratus pada kadar peningkatan tahun lalu, bagaimanapun ekonomi negara ketiga terbesar di Asia itu terus berjuang untuk menghidupkan kembali permintaan meskipun jangkitan koronavirus terus meningkat.

    Kedua-dua tahap penguncupan berturut-turut bermaksud negara itu kini telah memasuki ‘kemelesetan teknikal’ untuk pertama kalinya sejak 1947. Selepas perintah berkurung dikuatkuasakan akibat penularan virus di seluruh dunia, pertumbuhan yang dicatatkan oleh ekonomi utama termasuk Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman pada suku yang berakhir pada 30 September menimbulkan harapan bahawa India juga akan menikmati kebangkitan semula.

    Bagaimanapun sektor perniagaan pengguna dilihat berada di landasan yang baik berikutan dengan peningkatan perbelanjaan semasa musim festival Oktober hingga November. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda