BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Permintaan luar dan dalam negara memacu pertumbuhan ekonomi Negara Brunei Darussalam pada tahun 2017 yang mencatatkan peningkatan 1.3 peratus berbanding penurunan sebanyak 2.5 peratus pada tahun 2016, menjadikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat pada kadar 5.2 peratus dari tahun-ke-tahun.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri hari ini, permintaan luar melalui eksport barangan dan perkhidmatan meningkat sebanyak 18.6 peratus meskipun menyaksikan penurunan sebanyak 8.7 peratus pada suku sebelumnya. Manakala permintaan dalam negeri khususnya perbelanjaan kapital sektor swasta terus berkembang pada kadar 44.9 peratus, setelah meningkat sebanyak 2.5 peratus pada suku sebelumnya.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)