Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    KDNK sektor minyak, gas menurun

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Seperti yang dikongsikan sebelum ini, gelombang kedua COVID-19 di negara ini memang menjejaskan ekonomi negara namun jika dilihat anggaran pada masa ini, dalam suku kedua keluaran dalam negeri kasar (KDNK) menunjukkan penurunan dalam sektor minyak dan gas namun peningkatan positif dapat dilihat pada sektor bukan minyak dan gas.

    Penurunan yang dapat dilihat dalam sektor minyak dan gas tersebut antara lain disebabkan beberapa perkara antaranya sumber tenaga kerja yang terhad semasa gelombang kedua COVID-19 yang menjejaskan beberapa operasi dalam sektor minyak dan gas.

    Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Bagi sektor bukan minyak dan gas yang dilihat berkembang baik dan positif, Yang Berhormat Dato mengongsikan bahawa pada tahun ini sektor pertanian khususnya telah melihatkan kemajuan yang ketara.

    “Insya-Allah dengan kita beralih kepada Fasa Awal Endemik ini, mudah-mudahan perniagaan mula dibukakan, restoran dan sebagainya. Kita akan melihat lagi KDNK dalam suku yang mendatang ini dan berharap agar sektor minyak dan gas akan pulih pada tahun hadapan”, tambah Yang Berhormat Dato.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda