Ke arah ASEAN inovatif

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mac – Ketua-ketua pejabat harta intelek (IP) ASEAN, termasuk Brunei Darussalam dan Pejabat IP Korea (KIPO) telah menandatangani memorandum kerjasama (MoC) bagi penubuhan rangka kerja institusi bagi kerjasama berstruktur ke arah menggalakkan pembangunan sistem IP bagi pihak-pihak berkenaan serta meningkatkan dan memperkukuhkan pertukaran dan kerjasama dua hala dalam bidang IP.

Majlis penandatanganan tersebut telah diadakan di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, di sini, hari ini, dan disaksikan oleh Pemangku Setiausaha Tetap (Tenaga dan Industri) di Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Pengiran Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra. (Klik di sini untuk cerita lanjut)