Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Ke arah melahirkan rakyat celik Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN – Dalam melahirkan rakyat celik Al-Quran dan menjadikan pembacaan kitab suci berkenaan sebagai satu amalan dan budaya ke arah mendukung hasrat menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir, sekolah-sekolah di negara ini secara berterusan mengadakan majlis khatam Al-Quran sebagai acara tahunan bagi meraikan pelajar yang berjaya menamatkan pembacaan 30 juzuk.

    Pada 28 November lalu, Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SASHHB) telah meraikan seramai 293 orang pelajar Sanah 6 dalam majlis khatam yang berlangsung di sekolah berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Bahagian Kewangan, Jabatan Pengajian
    Islam, Haji Amin bin Haji Tengah.

    Sementara itu, baru-baru ini, Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (SM RIPAS) turut mengadakan majlis serupa bagi meraikan seramai 89 orang penuntut Tahun 11, terdiri daripada 52 penuntut lelaki dan 37 penuntut perempuan.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Haji Shahrul Azrimin bin Haji Bidin yang memim-pin bacaan Surah Al-Fatihah di awal majlis, dan Pengetua SM RIPAS, Hajah Adimah binti Haji Mohd Said yang menyempurnakan penyampaian sijil dan bunga telur kepada penuntut yang diraikan.

    Antara pelajar Sanah 6 SASHHB yang diraikan pada majlis khatam Al-Quran pada 28 November lalu. – GAMBAR SERAHAN SM RIPAS
    Pengetua SM RIPAS menyampaikan sijil dan bunga telur kepada peserta khatam, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN SM RIPAS

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...