Oleh Normazlina M.D & Azaraimy HH
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Nov – Aspirasi dan idea para pemimpin akar umbi memainkan peranan penting dalam menyokong misi kerajaan ke arah meningkatkan sistem penjagaan kesihatan di negara ini.
Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi berkata demikian semasa sesi dialog antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan pemimpin akar umbi di yang diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong, hari ini.
“Harapan, pemikiran dan idea para penghulu dan ketua kampung yang menjadi pemimpin akar umbi dalam masyarakat amat berguna dalam menyokong aspirasi kementerian kesihatan untuk terus berusaha meningkatkan taraf kesihatan di negara ini,” kata beliau.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)