Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ke mana Karyono lari?

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Tutong mengenai seorang pekerja lelaki warga Indonesia iaitu Karyono berusia 41 tahun dengan nombor pasport, AU384625 yang dilaporkan lari daripada majikan.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Tutong, melalui talian, 4221206 dan talian kecemasan polis, 993, balai-balai polis yang berdekatan dan laman sesawang www.police.gov.bn atau instagram @upa.ppdb.

    Karyono, 41 tahun. – Gambar oleh PDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda