Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Keadaan kanak-kanak terambil dadah semakin pulih

    KOTA BHARU, 22 JUN – Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan yang sebelum ini kritikal selepas dipercayai terambil dadah, kini dilaporkan semakin pulih selepas mendapat rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Kanak-Kanak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.

    Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kanak-kanak tersebut kini sudah dapat bernafas secara normal dan tidak lagi menggunakan alat bantuan.

    Beliau berkata sekiranya keadaan terus menunjukkan perkembangan positif kemungkinan kanak-kanak tersebut akan dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai tidak lama lagi.

    “Alhamdulillah keadaan kanak-kanak ini semakin pulih dan kita semua mendoakan agar kesihatannya bertambah baik.

    “Dia mungkin akan dipindahkan ke HSIP bagi memudahkan anggota keluarga melawat dan menjaganya,” katanya kepada pemberita selepas hadir bertemu ibu mangsa di HRPZ II di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...