Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keadaan kesihatan Omar al-Bashir stabil

    KHARTOUM, 29 April – Keadaan kesihatan Presiden Sudan yang disingkir Omar al-Bashir dan kini meringkuk dalam penjara berada dalam keadaan stabil, lapor agensi berita Anadolu, memetik seorang bekas pegawai Sudan kelmarin.

    Menurut pegawai yang dibebaskan baru-baru ini dari penjara Kobar di Khartoum, penjara sama menempatkan al-Bashir mengatakan bekas presiden itu mengalami ‘tekanan perasaan kerana dikhianati’.

    Katanya, al-Bashir ‘mengadu dia dikhianati oleh pegawai kanan tentera, keselamatan dan risikan’.

    Pada 11 April, tentera Sudan mengisytiharkan al-Bashir digulingkan sekali gus menamatkan era pemerintahannya selama 30 tahun, selepas bantahan menuntut beliau meletakkan jawatan berlangsung selama berbulan-bulan.

    Sudan kini ditadbir Majlis Peralihan Tentera Sudan (MTC) selama dua tahun sehingga pilihan raya presiden diadakan.

    Pada Sabtu, MTC bersama dengan sebuah pertubuhan mewakili pembangkang mencapai persetujuan membentuk sebuah badan baharu bagi mengendalikan urusan pentadbiran negara sehingga pilihan raya akan datang. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda