Tuesday, March 18, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keadaan Pele stabil

    BUENOS AIRES, 4 DIS – Legenda bola sepak Brazil, Pele dilaporkan berada dalam keadaan stabil, menurut agensi Anadolu.

    Menurut pihak Hospital Albert Einstein di Sao Paulo, Pele, 82, memberi tindak balas positif terhadap rawatan untuk ‘jangkitan pernafasan’.

    Beliau dimasukkan ke hospital pada Selasa untuk rawatan susulan selepas pembedahan membuang colon tumor pada September 2021.

    Anak perempuan Pele, Kelly Nascimento, awal minggu ini menulis di Instagram yang menyatakan bapanya tidak berdepan situasi yang mencemaskan.

    Semasa perlawanan Brazil menentang Cameroon di Piala Dunia Qatar pada Jumaat, penonton di stadium memegang sepanduk yang tertulis ‘Pele Get Well Soon’.

    “Kawan-kawan, saya berada di hospital untuk melakukan rawatan susulan.” – Bernama

    Legenda bola sepak Brazil, Pele. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda