Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Keadaan terkini Tukul Arwana selepas alami pendarahan otak

    Keadaan pelawak dan pengacara Tukul Arwana sekarang ini dikatakan semakin baik selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak September lalu.

    Tukul kini boleh makan sendiri seperti biasa dan masih dalam proses pemulihan di rumah.

    “Proses fisioterapi setiap hari di rumah dan tiga kali seminggu di klinik sangat membantu Tukul untuk sihat.

    “Sekarang dia sudah boleh makan seperti biasa dan menyuap sendiri. Tidak lagi makan makanan yang dikisar,” jelas Kimon yang merupakan jurucakap kepada Tukul.

    Bagaimanapun menurutnya lagi Tukul masih belum boleh bercakap seperti biasa.

    Dalam masa sama, keluarga Tukul juga membataskan kunjungan rakan-rakan artis kerana mahu pelawak itu berehat secukupnya.

    “Dia berkomunikasi pakai isyarat, hanya mengangguk. Tetapi setidak-tidaknya dia sudah boleh faham orang bercakap.

    “Dia juga tidak kelihatan sedih. Sudah boleh ketawa dan bergurau.

    “Kita bataskan supaya tidak setiap hari orang datang menjenguknya di rumah kerana dia perlu berehat,”ujarnya.

    Pada September tahun lalu, Tukul dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan otak.

    Dia ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya sebelum dikejarkan ke Rumah Sakit Pusat Otak Nasional. Tukul selamat menjalani pembendahan dan meneruskan proses pemulihan di rumah. – Agensi

    Tukul Arwana sekarang dikatakan semakin pulih selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak September lalu dan boleh makan sendiri seperti biasa dan masih dalam proses pemulihan di rumah. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...