Saturday, February 8, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keadaan Zamarul stabil

    Keadaan pelakon Zamarul Hisham, 53, dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Port Dickson, Negeri Sembilan akibat sesak nafas, kelmarin.

    Perkembangan terkini, pelakon drama Langit Ketujuh itu dikongsikan isterinya yang juga pelakon Diana Rafar, 42, menerusi Instagram.

    Diana berkata, suaminya sudah dipindahkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Subang, semalam bagi memudahkannya untuk berulang-alik dari rumah untuk menjaga Zamarul.

    “Suami masih lagi dalam ICU, tetapi keadaannya stabil. Doktor masih memantau keadaannya supaya mendapat rehat yang cukup sebelum meneruskan rawatan.

    “Saya mohon teruskan berdoa buat suami agar segera sihat dan dapat berkarya,” katanya.

    Zamarul Hisham dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke ICU di sebuah hospital di Port Dickson, Negeri Sembilan akibat sesak nafas. – mStar

    Ujar Diana lagi, dia sedih melihat keadaan suaminya kerana tidak pernah melihatnya sakit.

    “Selama ini, suami seorang yang cergas, kuat, gembira, rajin dan tak tahu duduk diam.

    “Semua benda suami nak buat sendiri, tapi bila tiba-tiba jatuh macam tak terduga. Saya panik dan kosong jiwa bila tengok keadaan suami.

    “Memang suami terlalu penat dan tidur tak cukup. Perasaan saya bercampur baur, sedih dan terharu membaca komen rakyat Malaysia yang sangat mengambil berat,” katanya.

    Rabu lalu, Zamarul yang sedang menjalani penggambaran di Port Dickson untuk drama terbitan Zeel Production bersama Elly Mazlein dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans akibat sesak nafas dan dalam keadaan lemah.

    Berita mengejutkan dikongsikan Diana yang secara kebetulan berada di Port Dickson untuk membawa anak-anaknya bercuti. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda