Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keadilan ditegakkan dalam kes ‘pembunuhan sotong’

    SEOUL, 12 Sept 2013 – Mahkamah Agung Korea Selatan telah mengesahkan pembebasan seorang lelaki, 32 tahun, yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh teman wanitanya, yang katanya tercekik mati disebabkan oleh sotong hidup.

    Kes yang telah lama berlangsung tersebut, didorong dengan tuduhan ketidakcekapan pihak polis, telah mendapat perhatian dari pihak media dan orang ramai di Korea Selatan.

    “Secara tidak langsung, kesemua bukti keterangan tidak mencukupi untuk menyokong tuduhan bahawa pelaku membunuh teman wanitanya dengan cara melemaskannya,” kata pihak mahkamah dalam satu kenyataan.

    Lelaki tersebut, yang hanya dikenali sebagai Kim, telah menginap di sebuah motel di Bandar Incheon berhampiran Seoul dengan teman wanita beliau pada bulan April 2013 selepas membeli dua ekor sotong hidup dari sebuah restoran tempatan.

    Beliau kemudian memanggil kakitangan motel dengan mengatakan teman wanitanya, yang dikenal pasti dengan nama keluarga Yoon, telah pengsan dan berhenti bernafas selepas memakan seekor sotong yang dibeli oleh Kim. Beliau telah dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia 16 hari kemudian.

    Pihak polis pada mulanya melihat kes itu sebagai satu kemalangan dan menutup kes tersebut.

    Tetapi mereka telah dipaksa untuk membuka semula kes lima bulan kemudian selepas sebuah program televisyen menekankan usaha bapa Yoon untuk membuka siasatan ke atas Kim. Bapanya mengetahui anak perempuannya telah mengambil insurans nyawa sebelum beliau meninggal dunia dan Kim telah mendapat 200 juta won dari insurans tersebut.

    Kim kemudian disabitkan dengan pembunuhan pada bulan Oktober dan dihukum penjara seumur hidup oleh pihak mahkamah kerana melemaskan Yoon untuk mendapatkan wang insurans.

    Walau bagaimanapun, tentakel telah ditemui dalam tekak Yoon dan keluarga Yoon dan pihak polis akhirnya mula percayai cerita Kim bahawa kematian Yoon adalah satu kemalangan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda