Friday, May 16, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keajaiban Internet bawa banyak manfaat dalam perniagaan

    DUNIA keajaiban Internet tidak perlu dipersoalkan lagi. Usahawan-usahawan di seluruh dunia menjana hampir berbilion ringgit daripada medium ini. Sama ada produk digital mahupun fizikal, semuanya adalah mungkin dengan kewujudan Internet. Ini kerana jika secara offline atau berada di luar talian, bilangan manusia adalah terhad manakala secara online atau dalam talian, perniagaan anda mampu diperkenalkan kepada beribu-ribu orang dalam masa yang sekejap sahaja. Dan sebagai usahawan di negara ini, adakah kenyataan di atas masih tidak meyakinkan anda untuk memanfaatkan medium ajaib ini ke paras maksimum?

    Kini, transaksi yang berlaku di Internet adalah berjumlah trillion AS setahun dan setiap hari berbilion-billion AS bertukar tangan. Kerancakan transaksi wang di Internet disokong lagi dengan pengembangan Internet ke telefon pintar dan juga penggunaan kad kredit.

    Apabila bercakap mengenai perniagaan Internet ramai di antara kita membayangkan produk ‘making money online.’ Sebenarnya, perniagaan Internet ini mempunyai banyak cabang yang boleh diterokai. Di negara kita, pasaran produk fizikal lebih tertumpu di forum-forum tempatan serta laman lelongan dalam talian seperti ebay.

    Perkembangan yang bagus tetapi produk yang dijual kebanyakannya boleh dikatakan remeh. Contohnya, pen, sarung bantal, jus kuruskan badan, tudung, keychain dan yang sewaktu dengannya. Bagaimana dengan barangan yang lain? Atau usahawan tempatan masih kurang berpengetahuan tentang keajaiban medium ini? Ikuti faedah-faedah memasarkan produk perniagaan di Internet ini:

    Perniagaan auto-pilot

    Anda tidak perlu bersengkang mata berjaga 24 jam untuk menjaga kedai anda selama seminggu 365 setahun. Tidak seperti kedai biasa yang hanya beroperasi jam 7 pagi hingga 8 malam.

    Jika anda ada pelanggan di luar daerah atau luar negara, anda tidak perlu bergerak ke lokasi berkenaan untuk berjumpa dengan pelanggan anda. Anda boleh berkomunikasi terus dalam Internet. Jika ada masalah, mereka boleh ajukan pada anda dalam Internet sahaja. – Gambar hiasan
    Masih ramai lagi yang kurang arif dengan kehebatan pemasaran melalui video. Antara kebaikannya ialah pertama, ia membolehkan anda mendapat keputusan segera. Video biasanya dapat dilihat secara terus manakala kandungan bercetak pula lebih cenderung untuk ditinggalkan dalam inbox atau mailbox sehingga berhari-hari lamanya. – Gambar hiasan

    Apa yang perlu anda lakukan hanyalah pastikan anda ada laman web dan ianya berfungsi. Ya semudah itu! Tetapi harus diingat yang setiap entri perlulah menarik kerana ia berupaya untuk membawa pelanggan tersebut kepada pengenalan produk atau perkhidmatan yang disediakan. Proses berkenaan perlulah mengambil kurang daripada 10 saat. Anda harus ingat bahawa anda tidak tahu dari mana pengunjung-pengunjung laman web anda datang.

    Maka, menjadi tugas seorang usahawan untuk menarik perhatian mereka dalam masa yang amat terhad.

    Sebarang soalan yang diajukan pelanggan akan masuk ke dalam emel dan anda boleh jawab apabila anda online. Anda juga boleh setkan sistem pembayaran automatik menggunakan kad kredit dan apa yang anda perlu buat adalah menerima bayaran dan memproses tempahan. Di negara kita mungkin budaya pembayaran melalui dalam talian ini mungkin agak baharu. Sebagai usahawan, anda perlu meyakinkan pelanggan bahawa setiap transaksi dalam talian yang mereka lakukan adalah selamat untuk digunakan.

    Komunikasi pantas

    Jika anda ada pelanggan di luar daerah atau luar negara, anda tidak perlu bergerak ke lokasi berkenaan untuk berjumpa dengan pelanggan anda. Anda boleh berkomunikasi terus di Internet. Jika ada masalah, mereka boleh ajukan pada anda dalam Internet sahaja. Sediakan borang pertanyaan di laman web anda dan pastikan anda respons dalam jangka masa yang terdekat.

    Prospek perniagaan yang luas

    Anda dapat menjimatkan ratusan malah ribuan ringgit dengan memasarkan produk anda di Internet. Kos pemasaran di televisyen, radio dan di papan iklan adalah sangat tinggi, bukan semua usahawan mampu untuk membayarnya dan target pasaran belum tentu seperti yang disiarkan. Di Internet, yang sebaliknya berlaku. Dengan ratusan ringgit sahaja, anda dapat menyampaikan maklumat kepada prospek pelanggan yang tersangat ramai.

    Bayangkan jika anda mampu memperkenalkan perniagaan anda kepada jutaan orang di Internet, paling teruk pun satu peratus sahaja yang membeli daripada anda, agak-agak untung sudah berapa? Tersangat banyak!

    Ejen yang bekerja secara percuma

    Anda tidak perlu ada ejen pemasaran yang ramai dalam syarikat anda untuk promosi produk secara dalam talian dengan adanya sistem affiliate. Affliate adalah ejen dan anda tidak perlu bayar gaji pada mereka. Mereka akan menerima komisyen berdasarkan jualan yang mereka hasilkan. Jika tiada jualan, anda tidak perlu bayar gaji pada mereka.

    Senang untuk mencari rakan niaga

    Seperti yang diberitahu, di Internet, yang terbaik dari dunia nyata berlaku. Anda tidak perlu cari rakan niaga, mereka yang cari anda! Jika mereka rasa produk anda bernilai, bagus dan ada potensi, mereka sendiri akan hubungi anda untuk menjadi ejen atau wakil pengedar. Maka, di laman web, anda boleh sediakan ruang rakan niaga untuk memperkembangkan lagi perniagaan anda. Menarik bukan?

    Anda tidak perlu buka mulut langsung

    Di Internet, anda tidak perlu pening-pening memikirkan cara untuk meng’ayat’ para pelanggan anda. Sekadar mengisi laman web anda dengan informasi terkini mengenai produk, pasti ada yang sudah tersangkut. Dan jika mereka ada soalan, mereka boleh hubungi anda. Persembahan di laman web akan menjadi wakil jurucakap anda.

    Banyak cawangan dengan kos yang sedikit dan proses yang mudah

    Antara senjata pemasaran ialah cawangan. Membuka cawangan kedai di Internet tidak memerlukan kedai, peralatan, pekerja atau lesen baharu. Domain dan hosting sahaja. Adanya dua perkara tersebut, anda boleh buka dan kawal perniagaan sebanyak mana cawangan yang anda mampu. Hebat?

    Bagaimana? Sudah cukup meyakinkan untuk memanfaatkan Internet ke paras maksimum? Seorang usahawan yang baik harus tahu untuk menggunakan segala peluang yang ada untuk memaksimumkan jualan dan Internet adalah satu medium ajaib yang wajib diterokai. Tetapi pasti anda tertanya-tanya bagaimana?

    Berikut adalah beberapa cara yang boleh diaplikasikan yang telah membantu ramai usahawan:

    Sebenarnya ianya bergantung pada bajet. Jika terlebih bajet, gunakan kaedah yang kedua, jika tidak berapa mampu, gunakan kaedah yang pertama. Apapun, pastikan anda tak habiskan banyak masa dengan lakukan manual submission.

    1. E-mel

    Adalah wajib bagi anda untuk mempunyai laman web opt-in atau landing page yang mempunyai borang langganan di mana pelawat boleh meninggalkan nama dan e-mel mereka di laman web tersebut. Kemudian, anda boleh mulakan pemasaran produk atau servis anda dengan menghantar e-mel kepada mereka. Menggunakan perisian bernama autoresponder. Autoresponder ini boleh hantar mesej kepada ribuan emel pada satu-satu masa! Apa yang perlu anda lakukan ialah hanya masukkan beberapa mesej untuk dijadikan e-mel di dalam autoresponder anda supaya setiap kali pelawat laman web anda berikan nama dan e-mel mereka, mereka akan mendapat e-mel ini secara automatik dan berterusan dari anda. Mereka pasti beranggapan yang anda ambil berat dengan mereka sedangkan anda hanya perlu lakukan sekali sahaja, hebat?

    2. Komen blog

    Adalah mudah untuk anda lakukan promosi sebegini memandangkan terdapat bermacam-macam jenis blog di pasaran. Selepas melakukan sedikit kajian, anda akan dapati bahawa sesetengah blog mempunyai pembaca setia mereka tersendiri dan mereka inilah sasaran terbaik untuk produk atau perkhidmatan yang anda promosikan.

    Walaubagaimanapun, jangan sampai anda dilabel ‘blog spammer’ dengan terus beriklan melalui komen blog dengan kerap dan secara terang-terangan. Sebaliknya, jadikan kebiasaan untuk meninggalkan komen di blog yang berkaitan dengan niche anda sahaja. Jangan sesekali habiskan terlalu banyak masa dengan baca setiap blog, setiap post dalam blog dan setiap komen. Memang alamat 24 jam anda duduk depan komputer. Cari sekurang-kurangnya 10 blog berkaitan niche anda dan tinggalkan 10 komen di setiap blog itu setiap hari. Melalui cara ini, anda dapat tingkatkan kredibiliti anda.

    4. YouTube

    Masih ramai lagi yang kurang arif dengan kehebatan pemasaran melalui video. Antara kebaikannya ialah pertama, ia membolehkan anda mendapat keputusan segera. Video biasanya dapat dilihat secara terus manakala kandungan bercetak pula lebih cenderung untuk ditinggalkan dalam inbox atau mailbox sehingga berhari-hari lamanya. Kedua, video membolehkan anda menyampaikan cerita dengan lebih baik. Video menawarkan satu peluang yang baik dengan mempamerkan sesuatu yang berkaitan dengan perniagaan anda. Orang ramai lebih cenderung kepada ‘menonton’ maklumat, bukan lagi ‘mendengar’ maklumat.

    Ketiga, anda berpeluang untuk membekalkan kandungan yang berlainan setiap kali. Untuk mendapatkan posisi yang tinggi dalam Google, pemilik laman web hendaklah sentiasa memperbaharui kandungan di laman webnya. Menghasilkan artikel sememangnya memakan masa, tetapi menghasilkan video adalah mudah, murah dan pantas!

    Keempat, anda akan dilihat sebagai usahawan yang berkemampuan untuk mencuri tumpuan para pengunjung melalui cara baharu. Jika para pengunjung sudah bosan dengan bahan-bahan bercetak, maka video berkemungkinan akan menyemarakkan minat mereka terhadap bisnes anda.

    Kelima, ia membolehkan orang ramai melakukan promosi untuk anda. Semua laman web video atau laman sosial seperti YouTube, Facebook, Instagram, MySpace dan sebagainya menyediakan kemudahan untuk orang ramai menyebarkan video anda ke seluruh Internet.

    Keenam, komuniti video dalam talian biasanya lebih ‘hidup’ dan rancak berbanding dengan komuniti artikel online. Anda mampu mencapai jumlah tontonan 1,000 ke atas dalam beberapa minggu sahaja! Dan yang terakhir, jumlah persaingan yang kurang. Kebanyakan peniaga Internet masih lagi menggunakan artikel untuk pemasaran bisnes mereka, oleh itu persaingan dalam pemasaran video masih belum sengit seperti cara-cara promosi yang diterangkan di atas.

    Antara cara pemasaran melalui video ialah:

    1. Cipta video sendiri.

    2. Daftar akaun YouTube dengan nama yang ada kata kunci kepada niche anda.

    3. Masukkan tajuk video yang ada kata kunci sasaran anda.

    4. Letakkan link ke landing page anda pada description.

    5. Masukkan kata kunci sasaran anda di dalam tags.

    6. Masukkan artikel atau maklumat berkaitan niche anda ke dalam description. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/