Saturday, May 3, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keamanan, kestabilan aspirasi bersama masyarakat dunia – Wang Yi

    BRASILIA, 2 MEI – Menteri Luar China, Wang Yi berkata keamanan dan kestabilan tetap merupakan aspirasi bersama masyarakat antarabangsa, manakala kolaborasi Selatan Global adalah hala tuju perkembangan sejarah, tidak kira bagaimana situasi antarabangsa berubah.

    Wang Yi, yang juga Ahli Biro Politik dan Ketua Jabatan Hubungan Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Penasihat Keselamatan dan Wakil Kanan bagi Urusan Keselamatan Nasional BRICS Ke-15, yang diadakan di Brazil, pada Rabu waktu tempatan.

    Wang berkata: “Membiarkan penularan unilateralisme atau mempertahankan multilateralisme? Negara-negara BRICS perlu memberikan jawapan yang jelas.”

    Beliau berkata BRICS perlu dengan tegas mempertahankan hak  untuk membangun, tidak boleh membiarkan hak dan kepentingan diri yang sah diceroboh atau dirampas. Organisasi ini perlu bersatu padu untuk menghalang tindakan penindasan, serta mempertahankan hak dan ruang untuk membangun bagi negara-negara membangun.

    Di samping itu menurut Wang, BRICS perlu secara proaktif membimbing kolaborasi dan kerjasama, serta mempertahankan multilateralisme.

    Beliau menegaskan BRICS hendaklah mengangkat multilateralisme, memelihara sistem antarabangsa yang berteraskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), memelihara mekanisme perdagangan multilateral yang berteraskan Pertubuhan Perdagangan Dunia(WTO), untuk mendorong suatu orde antarabangsa yang lebih adil dan rasional. – Bernama/Cmg

    Wang Yi semasa menghadiri mesyuarat menteri luar BRICS di Istana Itamaraty, Rio de Janeiro, pada 28 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda