Baru-baru ini, kecoh di media sosial TikTok tentang rahsia wajah lelaki yang mempunyai kulit bersinar dan mulus lebih jelita daripada wanita, dengan hanya mengamalkan topeng muka berasaskan garam.
Helah tersebut kedengaran pelik kerana mencuci muka dengan air garam (topeng-garam) tidak pernah didengari, akan tetapi ia mampu membuatkan awda terkejut apabila mengetahui helah mudah tersebut berkesan untuk kulit. Ia bukan sahaja boleh meremajakan, membaiki penampilan kulit, rambut bahkan kuku awda.
1. MENGATASI JERAWAT
Salah satu manfaat garam untuk wajah ialah ia mampu mengatasi jerawat yang muncul pada wajah.
Ini kerana garam memiliki sifat antibakteria yang dapat membantu mengatasi jerawat.
Selain itu, garam juga mampu mengawal pengeluaran minyak berlebihan, yang menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit wajah awda.
2. MERAWAT KULIT
Keadaan kulit seperti ekzema, psoriasis dan juga kekeringan yang berlebihan, perlu mencuba rawatan ini di rumah.
Bagaimanapun, adalah lebih baik untuk awda merujuk kepada doktor terlebih dahulu kerana setiap orang memiliki kulit yang berbeza.
Mencuci kulit awda dengan kerap bersama air garam boleh menghilangkan masalah kulit, menjadikan kulit berasa lembut dan licin seperti sutera.
Garam laut memiliki mineral penyembuhan penting seperti kalium, kalsium, dan magnesium. Ia juga menyedut toksin keluar dari kulit untuk menghapuskan pelbagai masalah kulit dengan cara yang mudah.
3. MEMBUNUH SEL KULIT MATI
Garam amat bermanfaat untuk wajah kerana ia membunuh sel kulit mati.
Umumnya, proses mematikan sel kulit mati ini dikenal dengan istilah scrubbing atau eksfoliasi. Lakukan rutin eksfoliasi dengan scrub ini sebanyak dua atau tiga kali seminggu, bagi membolehkan kulit wajah awda kelihatan lebih bersih, bersinar dan sihat.
4. BERTINDAK SEBAGAI PENYEGAR MUKA
Air garam bertindak sebagai penyegar muka dan sering digunakan untuk mengecilkan pori-pori, menghilangkan minyak daripada kulit, menjadikan kulit awda terasa licin dan segar.
Setiap kali awda mencuci muka dan sebelum menggunakan solekan harian, siram muka awda dengan campuran air garam untuk memastikan kulit bebas daripada minyak sepanjang hari.
5. MENYAHTOKSIK KULIT
Oleh kerana ia hebat dalam penyerapan, garam bertindak sebagai penyahtoksik semula jadi.
Ia menyedut keluar toksin dan bakteria berbahaya yang diserap oleh kulit, memberikan kulit awda muda dan berseri. – Agensi