Thursday, November 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Kebajikan anak yatim terus dipeduli

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Kebajikan anak-anak yatim terus diberikan perhatian dengan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Katok A, Tungku Kawasan 3, Mukim Gadong A mengadakan majlis penyerahan derma anak yatim yang diadakan secara pandu lalu di halaman Sekolah Rendah Katok A, hari ini.

    Seramai 24 orang anak yatim Kampung Katok A, iaitu 12 orang lelaki dan 12 perempuan telah menerima sumbangan derma di majlis berkenaan.

    Ketua Kampung STKRJ Katok ‘A’, Haji Adnan bin Haji Bagol dalam temu bual ringkas bersama Media Permata berkata bahawa aktiviti amal berkenaan merupakan acara tahunan yang diadakan oleh MPK berkenaan di mana ia juga dibukakan penyertaan kepada anak-anak buah kampung yang ingin menyertai dan menyampaikan sumbangan.

    Beliau turut menyatakan bahawa disebabkan keadaan penularan COVID-19 pada masa ini, aktiviti penyampaian derma berkenaan dilaksanakan secara pandu lalu dan aktiviti amal itu, mendapat sambutan yang menggalakkan dari segi penyertaan anak-anak buah kampung.

    Haji Adnan bergambar ramai dengan ahli-ahli MPK STKRJ Katok ‘A’ sebelum majlis penyampaian derma anak yatim secara pandu lalu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    41 pekerja terperangkap berjaya diselamatkan

    NEW DELHI, 29 NOV - Seramai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam terowong jalan raya yang runtuh di India selama 17 hari berjaya diselamatkan kelmarin. Menteri...