Friday, May 16, 2025
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebajikan, kesejahteraan OKU sentiasa dijaga

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Di Negara Brunei Darussalam, kerajaan tidak kendur-kendur dan secara berterusan memedulikan kebajikan dan kesejahteraan orang kelainan upaya (OKU) walaupun dalam situasi pandemik COVID-19, agar mereka ini tidak merasa terpinggir atau merasa rendah diri, seterusnya dapat merasakan yang mereka ini dihargai sebagai ahli masyarakat dan sama-sama berperanan dalam memberikan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

    Bagi melindungi golongan OKU daripada wabak COVID-19, mereka juga tidak terkecuali daripada menerima suntikan dalam Program Vaksinasi Kebangsaan COVID-19, malah telah diberikan keutamaan secara khusus oleh Kementerian Kesihatan.

    Perkara berkenan ditekankan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin (gambar) dalam perutusannya sempena Hari Antarabangsa OKU yang diraikan setiap 3 Disember.

    Pada tahun ini, sambutan membawa tema Kepimpinan dan Penyertaan OKU ke Arah Dunia Pasca-COVID-19 yang Inklusif, Boleh Diakses dan Mampan yang mana menurut Yang Berhormat Dato sangat relevan dengan apa yang dihadapi sekarang.

    Beliau seterusnya mengongsikan, tahun 2021 telah merakamkan beberapa peristiwa penting dalam meningkatkan inklusiviti dan ekosistem perlindungan golongan OKU di Negara Brunei Darussalam, iaitu Perintah Orang Kurang Upaya 2021 yang telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan berkuatkuasa pada 1 Oktober 2021.

    Undang-undang ini memperkenalkan pendaftaran OKU dan kad OKU, yang dapat digunakan sebagai pengesahan serta akses kepada perkhidmatan tertentu.

    “Selain itu, hukuman berat bagi kesalahan-kesalahan penderaan dan pengabaian terhadap OKU juga turut diperkenalkan, dan saya berharap agar talian komuniti kita akan dapat diperkukuhkan lagi bagi kita sama-sama menghargai dan saling melindungi golongan OKU,” tambah beliau.

    Selain itu, melalui Akta Pencen Umur Tua dan Elaun Kurang Upaya (Pindaan), 2021, satu Elaun Penyedia Penjagaan (EPP) juga diperkenalkan yang berjumlah $250 sebulan bagi penerima elaun-elaun kurang upaya di bawah garis panduan Jabatan Pembangunan Masyarakat.

    Mulai 1 Februari lalu juga, penggunaan bahasa isyarat bagi siaran Berita Perdana telah diperkenalkan, dengan sokongan Jabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Radio Televisyen Brunei.

    “Kita juga menyambut baik usaha yang telah diungkayahkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan membangun dan menaik taraf 47 buah masjid dan surau di negara ini untuk menjadi lebih mesra OKU melalui penyediaan laluan kerusi roda, tandas OKU dan tempat letak kereta khas OKU,” ujarnya.

    Dari segi pendidikan pula, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah menyediakan program untuk murid-murid kelainan upaya dan tenaga pengajar di bawah tanggungjawab kementerian masing-masing.

    Di bawah Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, seramai 2,505 orang penuntut OKU didaftarkan bagi 2021, tiga buah pusat kecemerlangan pendidikan inklusif telah ditubuhkan di Daerah Temburong dan Daerah Belait, sembilan buah sekolah model inklusif dan 123 buah learning assistant centres telah ditubuhkan.

    Manakala itu, seramai 1,433 orang murid kelainan upaya didaftarkan di bawah Jabatan Pengajian Islam di bawah KHEU, dengan bimbingan 75 orang guru pendidikan khas agama.

    Seterusnya, pihak kerajaan telah memberikan sokongan kepada pertubuhan bukan kerajaan OKU, sebagai rakan strategik melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan memberikan bantuan kewangan termasuk pembayaran utiliti air dan elektrik bagi setiap persatuan OKU, serta menyediakan kemudahan dan ruang pejabat bagi lima buah persatuan.

    Persatuan SMARTER juga telah diberikan ruang untuk menjalankan Kafe BJAK di Kompleks Renang Anggerek Desa pada Jun lalu, yang dijalankan oleh golongan OKU sendiri.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/