Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebajikan penghuni, residen KRK turut dipeduli

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Bersempena bulan suci Ramadan ini, Kumpulan Isteri Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu telah menyumbangkan $1,530 bagi bungkusan makanan yang disediakan oleh Society for Community Outreach and Training (SCOT) untuk penghuni dan residen Kompleks Rumah Kebajikan (KRK) sebagai juadah berbuka puasa. 

    Sumbangan berkenaan disampaikan oleh wakil kumpulan, Datin Hajah Zalina binti Haji Omar, isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada Pengerusi SCOT, Awang Mohd Anwar bin Haji Mohammad di Crust & Crumbs Kitchen, Kampung Serusop.

    Sumbangan derma berkenaan adalah atas dasar pemedulian terhadap kebajikan dan kesejahteraan penghuni dan residen KRK, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

    Datin Hajah Zalina menyerahkan sumbangan kepada pengerusi SCOT, baru-baru ini. – Gambar serahan SCOT
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda